Tuesday 11 October 2011

Sunday 2 October 2011

khas kaum ADAM dan HAWA

~Wahai kaum Adam~

Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

~Untuk Hawa pula~ Andai mahu menerima cinta Adam… 1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah… 2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri… 3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan. Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..?? Siapa yang tahu… Wallahualam. (credit to : informasi.my)

layan k-pop

::i'll be backkk!!

picture oh!islam

sumber oh! islam

status binatang punya FB ..hahaha



*NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
*CICAK : isteriku tersepit pintu!
*KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
*AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa
*NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
*KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
*BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang toot* kt depan umah kaw...tension..!!!!!!

layan gmbr2 lawak..hahaha

::: MR. BRUCE BEAN...


CAPTAIN MALAYSIA


Hahaha...lawak ni pixss

Saturday 1 October 2011

dialog


Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU n BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH n SAYANG......♥

lagu best

Friday 30 September 2011

Renungan...

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Beelajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa ALLAH SWT masih sanggup menolongmu


Berterima kasihlah pada orang yang telah...
~MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT..
~MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA..
~MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu..
~Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..


KHAS: Utk renungan sy dan anda sekalian...





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
<!-- more -->
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

MAS

asalammualaikum semua....

Hari jumaat yg indah....^_^....cls sejam jak....hati ni berbunga-bunga....syukur...sbbnya dh dpt tiket free kpl terbang.....so planning mo balek tym mid sem break/ry haji.....insyaAllah....hati melonjak riang ...menunggu hari balek sbh....yahoooooo!!...

bicara hati:  alhamdulillah ...rezeki.......

Thursday 29 September 2011

sebab-sebab lelaki menangis




Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

perbualan org ISLAM dgn KAFIR


( jiran bru saja pulang selepas mendapat undangan dari gereja st.peter basilica, Vatican
kerana ada urusan penting dan mesyuarat dgn 2500 orang bishop di suatu tempat yg dia enggan bg tau aku kt ne..)
Aku ;apasal pak cik nampak sibuk je…
selalu outstation je,
buat apa…
orang Islampegi Haji.Mekah…
pak cik pegi Vatican pulak,
Vatican ada buat haji jugak ke ?
(aku rasa macam nak ketawa…haha,saja je perli dia)

Messi Bantu Barcelona Belasah Bate



LIONEL Messi meledak dua gol ketika membantu Barcelona membelasah kelab Belarus, Bate Borisov 5-0 pada aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara di gelanggang lawan, awal pagi tadi.
<!-- more -->
Pemain Argentina itu menemui sasaran pada minit ke-38 dan 56 manakala tiga lagi gol disumbang jaringan sendiri Alexander Voldoko serta gol Pedro dan David Villa.
Satu lagi aksi Kumpulan H menyaksikan AC Milan menewaskan Viktoria Plzen 2-0 di laman sendiri.

Sementara itu, pada aksi Kumpulan E, Michael Ballack menjaringkan gol untuk membantu Bayer Leverkusen menewaskan Genk 2-0 manaka Valencia berjaya mengikat Chelsea 1-1.
Bagi Kumpulan F, Arsenal berjaya menewaskan Olympiakos 2-1 dan Marseille pula membenam Borussia Dortmund 3-0.

Sumber::mynewshub

nadiku


lagu ni bestt....'ost tari tirana drama kt tv3....dah berlalu pon drama ni...
biacara hati::: nadikuuu

menu lunch...

salam my readers......hari ni jagung kuning xde cls....stp hari khamis cuti....yessss!!! ^____^senyum xperlu kata apa2.  ckp psl hari khamis ni kn.....elok+bagus+baek+sunat+  kita wat posa sunat.....fadhilatnya...byk....n sila rajinkn diri utk cari fadhilat  kat sumber2 leh d percayaii k..hihi.tp hari ni jagung kuning x posa....sbbnya...nk merasa xpose hari khamiss...tettttt!! dlm kamus dewan bermaksud....MALAS...hahaha.
so, kpd yg berposa tu...slmt menjalani posa sunat dgn d tmbh amal ibadah yg laen...jgn biarkn posa xda pengisian....rugi rasanya....isi laa dgn membaca Al-Quran ke....bc surah2 pendek pon ok...

Wednesday 28 September 2011

potong kuku ikut sunnah Nabi...



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

<!-- more -->
The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.


Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

bini2ku gangster...


bru balek from watching bini2ku gangster.lakonan shahiezy sam.yana shamsudin..intan ladyana n dll....movie ni genre komedi......lawak giler n agak besh jugak ar..xkering gusi ler..secara ringkasnya filem ni blh di katakan sbuah filem yg enjoy dan sesuai utk tontonan seisi keluarga.


Sesuai dgn genre yg d bw, komedi dlm filem ini agak kena pd tmpt & masa...namun ada part perlu diperbaiki .


Jln cerita ringkas, mudah difahami olh semua org dan dialog yg digunakan sesuai dgn jln cerita.Gandingan sam n yana mmg berkesan, espesialy manja lakonan yana yg mmbwkn watak seorng isteri yg sanggup merelakan suaminya berkahwin lagi satu supaya mempunyai zuriat.

cls cancell

kisahnyaa....bangon awl pagi nk p cls...tym kt dlm cls research method lak...tggu lectr x msk2 cls..sementara tggu tuu..ada laa rajin cket belek2 buku...dok paling dpn skali(smngt giler!)..yelaa smngt nk stdy...at least ada gak isi kat otak cket..xler nt dlm cls blur memanjang(xda isi)huhu.mmber2 kat blkg plk...meriah je dgn pelbagai cerita drng(mls nk amek pot)..so, wat keje sendiri r...smbil2 bc buku tuu...tggn kiri ni plk ligat bersms....gn awek???aishhh!!xde r....gn mmber skola dlu2^^...


ni la image research book..........exploring research..

nk d pedek kn kisah yg x brp besh ni.......da 30/45 minit berlalu...msk lerr sorang akak ke dlm cls ....akak ni familiar sngt...akak ni nmpk sweet+muslimah gituu(like100x)^^..owh!..rupanya pernah sekelas tym entaah sem yg ke brp(xingt daa..memory kt otak weak..huhu)..cumanya dia skg ni tgh smbg stdy...master...sy pl??tgh nk abeshkn final year...ermmmm!...dlm cls tu akak ni, gtau cls xde...next week ada lab..(myb akak ni akan ajar lab kitorng kot.)YESSS!!!haha...so, td amek attendance je......(hati melonjak riang even smngt nk stdy)..hahhaa...


balek rmh mkn nasi bungkus....ayam msk merah(pedas)...sayur(xtahu pe name..tp mmng fav sayur lee..tahu mkn je..name xtahu..haha) SEDAPPPP sehingga mengantuk(lau tdo ni konfem besh)........(nk gtau gak ke...perluu ke??)hahahhaa...


ok lerr...tengs bc kisah xmenarik nii.....seharian xda cls, so ptg ni ada planing baek punyer!! gn my bestfrend...nk tgk cite 'bini2ku gangster'...dgr cite mcm besh+lawak.....nk gak tahu kebest'an+ke'lawakkan dia.......

bicara hati:: mood tgh tagih free flight ticket dr HEP.....xdpt2 smpi skg....nkk balekk cuti raya haji....insyaAllah...

renungan...






Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

ohhh! ayam golek

ptg td slps hbs cls....temankan mmber berbuka posa...sblm buka posa..g bli ayam golek kt area sblm air hitam...alhamdulillah....mmg sedapp ar ayam golek tuu.....perot pon very2 fulllll^___^ (senyum...xperlu kata apa2)...lyn pics ayam golek kt bwh....xsempat nk amek via kamera...
    credit to encik google....

bicara hati:: TQ to my friends yg blnja mkn ayam golek..smoga anda murah rezeki selalu.....next tym blnja lg...hihi....

Sejukkan Dengan Wuduk

Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.”
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: 
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: 

“Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.www.iluvislam.com

sahabat selamanya..


Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia


Bicara Hati::  kwn ramai....yg terlalu setia xramai..so, hargaii laa yg msh ada.....
USAH dinanti pd yg xsudi.


       USAH dirindu pd yg xmengingati.

                                             USAH kesian dgn org yg pernah menyakiti.


                                                       USAH dikenang pd org yang tlh pergi.


                                                        USAH mharap pd yg xkasih


                                                        USAH dikesali perkara da terjadi....



Bicara Hati:: dirikan solat 5 wktu...dgn mendekatkan diri dgn Maha Pencipta...InsyaAllah...segala kerumitan ada penyelesaian...

Abatasa

Sapa x knl wali band??..band dr seberang saaanaaa....indonisi.lagu2 drng kebanyakn darinya berunsur ketuhanan..sbnrnya jagung kuning sngt minat lagu2 wali band..slh satunya lagu ABATASA... pertama dgr lagu ni..terus minat..layan byk kali pon xbosan..muzik pon besh..unsur ketuhanan tetap ada..lagu yg ni mmbuatkn jagung kuning punya  temperature  utk terus bljr kembali meningkat..yala, sblm ni mcm dh putus hrpn nk teruskn stdy..even, skrg  berada di final year...haha..so, jom kita lyn lagu ABATASA d bwh Ni...mn tau menyuntik smngt seperti sy jgk..^^ jom..enjoy it..

Bicara hati:: alif lam mim......^^

Tuesday 27 September 2011

Kamera terbaru Nikon pencabar DSLR

Kamera Nikon 1 V1 terbaru merupakan pencabar DSLR kerana ia merupakan kamera teringan dan terkecil dengan lensa yang dapat diganti setanding dengan kamera kategori ‘pro’ seperti Olympus, Panasonic, Sony dan Samsung.
Jurugambar selebriti terkenal Nicky Johnston mengatakan, “kamera ini merevolusi kamera kompak dan saya tak perlu lagi membawa kelengkapan berat . Kualiti, rekabentuk, dan ukuran sensor kamera ini sangat menakjubkan”.
Kamera ini juga adalah kamera terkecil dengan lensa yang boleh diganti. Antara ciri-ciri menarik kamera ini ialah ia boleh mengambil 20 gambar sekaligus.
Selain itu, kamera ini memiliki auto-selects yang dipilih berdasarkan ekspresi wajah, komposisi dan fokus. Processor kamera ini juga jauh lebih cepat berbanding prosessoryang ada pada kebanyakkan DSLR.
Kamera ini juga dapat mengambil gambar dan juga video dalam waktu yang sama serta boleh digabungkan bagi membentuk imej bergerak.

bicara hati:: teringin nk satu kamera cam ni....sapa sudi hadiahkn laa ^^